Bismillah ..
Assalamualaikum .
Alhamdulillah, dengan wujudnya pembelajaran weblog secara khususnya dapat menambahbaikkan lagi kemahiran para pelajar yang mengambil subjek USK1011 di Universiti Malaysia Kelantan.
Saya Siti Nur Ain Binti Kamarudin, pelajar tahun satu dari program Ijazah Sarjana Muda (peruncitan) mmilih weblog sebagai subjek pilihan kokurikulum kerana saya amat berminat dengan dunia blog pada masa kini . Pada pandangan saya, dunia blog merupakan satu medan untuk kita terus berkongsi cerita sama ada kisah hidup sendiri ataupun menjalankan bisnes secara online.dan melaui medan blog juga kita akan dapat mengetahui pelbagai maklumat yang bermanfaat. Selain itu, blog juga dapat mengisi banyak masa yang terluang disamping kita berterusan menambahbaikkan penulisan kita.
Antara blogger yang menjadi tempat persinggahan saya ialah Maria Elena, Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia, Yuyu Zulaikha, Lana dan ramai lagi. Siapa yang tak kenal mereka semua ?Mereka merupakan diantara blogger yang terkenal dan semakin meningkat naik dalam dunia blog . Dan nama mereka sering menjadi perhatian dan inspirasi para remaja yang baru cuba-cuba untuk berjinak dengan dunia penulisan blog termasuk saya sendiri. So, bagi remaja yang ingin berblog tetapi tiada banyak pengetahuan dalam bidang blog ini boleh singgah ke laman-laman blogger ini . Semoga mendapat inspirasi !!
---- > Klik pada nama yang brwarna.
Sekian coretan terabur daripada saya . XD