Friday, 28 November 2014

Oppo eh oppo.


Bismillah...
Tiba tiba Pulak rasa macam nak post je pasal handphone .yaaa handphone yang menjadi perkara wajib bagi setiap orang. Tak kira lah handphone tu 3310 sekalipun. Asal dah ada fon tu pun Kira awesome la. Alaaaa sedangkan adik adik yang baru  setahun dua tu pun dah obses dengan fon, ni kan pulak kita  kan kan kan..

Haaaa ..nak dijadikan cerita tadi, aku pergila survey2 fon ...memandangkan fon Lenovo aku ni dah tahap mayat hidup, memang tak boleh diselamatkan lagi .gigih kot aku pi cari fon yang mengikut bajet aku .nak tolak lenovo tu komfom takde yang nak amek. Kalau repair melayang rm280 aku.so aku dengan rendah hati dan tak rela .. Tak rela pun terpaksa beli jugak. Maklumlah hidup sebagai student ni memerlukan fon yang boleh guna WiFi.. Alaaaa asal ada internet ada wasap jadi lah.janji kau tak ketinggalan apa apa info pasal kelas ganti ke kelas cancel atau pape jela...

So memang aku kena beli jugakkk oke.... Ahhhhh habislah duit PTPTN aku ... 
Puas survey merata , macam2 fon dah aku tengok .dari asus ke samsung.. Dari samsung ke zenfone.. Then terus ke lenovo ? Memang tak dah la aku nak beli.kalau Korang  nak beli fon, pelissss jangan senaraikan Lenovo dalam choose kau . Menyesal nanti .. Lenovo kelemahan selalu hang selalu jam..Dan selalu Akan buat kau bengang stress Dan meroyan macam aku.hahhaa.. Mungkin tangan aku kot yang memang menjahanamkan barang,sebab tu tak tahan lama(memang pun)

Ok, teruskan melalui survey aku tu aku terjumpa fon jenama baru, VIVO. Adik beradik lenovo mungkin? .memang nampak awesome. Tapi aku tak berminat. Harga pun boleh tahan mahal ...kang jahanam lagi so setelah penat mensurvey aku pun ternampak fon jenis yang pemes sekarang ni, Oppo ganyang kauuu..hahaaha. Kata orang ok.cina y jual tu setengah jam cite pasal oppo, kelebihan  oppo. Memang promote abeh la si cina lucu ni .







Oppo sekarang top taw antara fon fon yang lain . Buktinya Korang tengokk ni ... 




Antara specialize oppo ... Tapi aku tak minat kamera depan oppo. Tak awesome. Harga oppo neo5 ni rm 598. Ada berminat tak? Nak letgo ni .. Haaha. Beli asus pulak . XD




Wednesday, 26 November 2014

Rindu semua tentang Temerloh




Bismillahirrahmanirrahim...

Aduh... Aduhh .... Aduhh .. malasnyaaa nak update blog. malasnya nak tulis post ..malassss !!
bukan sebab apa sangat malass .. sebab malam ni nak balik Temerloh .. yeayyyy !!
ringduu maa , ringduu omey... ringduu abong ... rindu ikan patin masak tempoyakk . alaaa rindu semua laaa.

tak sabar nak balik jumpa semua . alaa bukan sebab homesick ke ape. tapi sebab memang dah terlalu rinduu amat . bayangkan dua bulan lebih dah tak balik rumah semenjak hari raya haji hari tu.nak nak lagi tak pernah jauh dengan ma, tak pernah jauh dengan family dan tak pernah langsung jauh dari Temerloh. haaa ... ni lah makannya, balik juga kita.

Tapi terpaksa lah tinggalkan majlis PESKO dekat UMK ni.  nampak macam besar-besaran buat. mesti meriah sangat . alaaa tapi takpelah . tahun depan kan ada lagi . nanti nak grade pun ado lagi. hahahaa ..

Ma tunggu Tih balik ehh ehhh . mmmuahhhxxx .




Tih rindu tahu takkkk ?

walawehhhh .. leleh gini koi nengokk ..


Friday, 21 November 2014

Lara Alana bagaikan selebriti bagi 'Newborn'


Dalam dunia artis yang semakin menaik tarafnya saat ini, tidak sah seandainya berita kelahiran bayi pasangan-pasangan selebriti tidak mendapat perhatian daripada peminat-peminat mereka tersendiri . Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan lagi dengan berita kelahiran bayi beberapa pasangan artis Malaysia yang semakin meningkat naik nama mereka .

Lara Alana, anak sulung kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang dilahirkan pada 22 Julai lalu.



Bukan sahaja ayah dan ibunya menjadi tumpuan, sebalknya anak mereka yang baru mencecah usia kelahiran 3 bulan turut mendapat perhatian yang hebat daripada peminat-peminat mereka. Siapa yang tidak geram apabila melihat gambar-gambar comel bayi ini dipaparkan dilaman sosial .bahkan hampir setiap hari gambar bayi comel ini diupload di laman instagram pasangan selebriti ini . Sehinggakan laman sosial instagram juga dibuka khas untuk si comel ini . Dalam masa tiga minggu sahaja telah mencapai sebanyak 275K pengikut di laman instagram semenjak pembukaan akaun milik bayi comel ini.



apa yang menarik lagi, selain mempunyai peminat sendiri, lara alana juga sering dihadiahkan dengan pelbagai barangan berjenama dan mewah daripada mereka seawal usianya. baru-baru ini, dia dihadiahkan dengan sebuah kereta mainan BMW yang direka khas untuk kanak-kanak hasil pemberian kenalannya. Selain itu juga, bayi comel ini juga sring dihadiahkan dengan pelbagai permainan serta baju-baju yang cantik dan berjenama.