Friday, 21 November 2014

Lara Alana bagaikan selebriti bagi 'Newborn'


Dalam dunia artis yang semakin menaik tarafnya saat ini, tidak sah seandainya berita kelahiran bayi pasangan-pasangan selebriti tidak mendapat perhatian daripada peminat-peminat mereka tersendiri . Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan lagi dengan berita kelahiran bayi beberapa pasangan artis Malaysia yang semakin meningkat naik nama mereka .

Lara Alana, anak sulung kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang dilahirkan pada 22 Julai lalu.



Bukan sahaja ayah dan ibunya menjadi tumpuan, sebalknya anak mereka yang baru mencecah usia kelahiran 3 bulan turut mendapat perhatian yang hebat daripada peminat-peminat mereka. Siapa yang tidak geram apabila melihat gambar-gambar comel bayi ini dipaparkan dilaman sosial .bahkan hampir setiap hari gambar bayi comel ini diupload di laman instagram pasangan selebriti ini . Sehinggakan laman sosial instagram juga dibuka khas untuk si comel ini . Dalam masa tiga minggu sahaja telah mencapai sebanyak 275K pengikut di laman instagram semenjak pembukaan akaun milik bayi comel ini.



apa yang menarik lagi, selain mempunyai peminat sendiri, lara alana juga sering dihadiahkan dengan pelbagai barangan berjenama dan mewah daripada mereka seawal usianya. baru-baru ini, dia dihadiahkan dengan sebuah kereta mainan BMW yang direka khas untuk kanak-kanak hasil pemberian kenalannya. Selain itu juga, bayi comel ini juga sring dihadiahkan dengan pelbagai permainan serta baju-baju yang cantik dan berjenama.






No comments:

Post a Comment