Tuesday, 2 December 2014


Bismillah...

Alhamdulillah.. lepas jugak balik Temerloh minggu lepas . fuh...fuhhh ..lega amat dapat lepaskan rindu dekat ma, dekat family, dekat ikan patin masak tempoyak ... dekat apa saja lah yang di dekat Temerloh . lega ok lega sangat . tapi sayang nya terpaksa tinggalkan Pesta Konvokesyen (PESKO) yang baru diadakan minggu lepas. wahhh ..dengar kata sangat meriah .mana tak meriah, julung-julung kalinya diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). memang besar-besaran dibuat . . Beruntung dan sangat berbangga senior-senior yang konvo pada tahun ni.




27- 30 November berlangsungnya PESKO yang menjadi kebanggan buat student UMK. Disebabkan terdapat juga klas yang cancel, maka bertambah bangga lagi lah para student, termasuklah aku. hahaha... Walaupun aku tak ada waktu PESKO, tapi aku tetap mengikuti perkembangan PESKO melalui facebook rasmi PESKO. Alamak... memang meriah sangat. jeles aku tengok. dah la ada artis jemputan yang datang memeriahkan. Yang paling buat aku jeles bila mana ada juga Erry Putra, Sofi Jikan, Imam Muda Asyraf, Dai'e Izhar dan ..... sape lagi kalau bukan PU Rahmat .alalala.. sedih pulak tak join PESKO. tapi tak pe lah, lain kali kan ada .


Yang lagi best nya sepanjang PESKO ni pelbagai aktiviti dijalankan. termasuklah seminar keusahawanan dan seminar cegah jenayah . Pelbagai jualan juga diadakan sekitar UMK. memang sangat untung peniaga pada masa itu .masyuk-masyuk lagi duit jualan yang diperolehi. Selain daripada itu, Forum ilmuGegar bersama Imam Muda Asyraf dan THR Gegar turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis gilang-gemilang ini.


dan yang paling memeriahkan adalah terdapat juga Maharaja Lawak Mega Siswa bersam Sofi Jikan (Gua sengat sama Lu). 

Antara gambar-gambar sepanjang PESKO berlangsung ... sebahagian sahaja yang dapat ditunjukkan. maklumlah balik rumah lah katakan .hehehe ...








selebriti Syura turut memeriahkan .

maskot ni nama dia Atan. geram nak tarik hidung dengan ekor dia .











No comments:

Post a Comment