Tuesday, 2 December 2014


Bismillah...

Alhamdulillah.. lepas jugak balik Temerloh minggu lepas . fuh...fuhhh ..lega amat dapat lepaskan rindu dekat ma, dekat family, dekat ikan patin masak tempoyak ... dekat apa saja lah yang di dekat Temerloh . lega ok lega sangat . tapi sayang nya terpaksa tinggalkan Pesta Konvokesyen (PESKO) yang baru diadakan minggu lepas. wahhh ..dengar kata sangat meriah .mana tak meriah, julung-julung kalinya diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). memang besar-besaran dibuat . . Beruntung dan sangat berbangga senior-senior yang konvo pada tahun ni.




27- 30 November berlangsungnya PESKO yang menjadi kebanggan buat student UMK. Disebabkan terdapat juga klas yang cancel, maka bertambah bangga lagi lah para student, termasuklah aku. hahaha... Walaupun aku tak ada waktu PESKO, tapi aku tetap mengikuti perkembangan PESKO melalui facebook rasmi PESKO. Alamak... memang meriah sangat. jeles aku tengok. dah la ada artis jemputan yang datang memeriahkan. Yang paling buat aku jeles bila mana ada juga Erry Putra, Sofi Jikan, Imam Muda Asyraf, Dai'e Izhar dan ..... sape lagi kalau bukan PU Rahmat .alalala.. sedih pulak tak join PESKO. tapi tak pe lah, lain kali kan ada .


Yang lagi best nya sepanjang PESKO ni pelbagai aktiviti dijalankan. termasuklah seminar keusahawanan dan seminar cegah jenayah . Pelbagai jualan juga diadakan sekitar UMK. memang sangat untung peniaga pada masa itu .masyuk-masyuk lagi duit jualan yang diperolehi. Selain daripada itu, Forum ilmuGegar bersama Imam Muda Asyraf dan THR Gegar turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis gilang-gemilang ini.


dan yang paling memeriahkan adalah terdapat juga Maharaja Lawak Mega Siswa bersam Sofi Jikan (Gua sengat sama Lu). 

Antara gambar-gambar sepanjang PESKO berlangsung ... sebahagian sahaja yang dapat ditunjukkan. maklumlah balik rumah lah katakan .hehehe ...








selebriti Syura turut memeriahkan .

maskot ni nama dia Atan. geram nak tarik hidung dengan ekor dia .











Monday, 1 December 2014

AL-FATIHAH



Bismillah ..

sebak dan terkejut mendengar berita pemergian Mu sahabat. dalam masa yang sekejap, kau dijemput Ilahi.

Isnin-1 Disember 2014, dalam lingkungan 9 malam ke atas. Allahu Akbar. bagaikan tidak percaya aku mendapat tahu berita hiba ini. Selesai aku mencari seat di dalam bas untuk pulang ke UMK, aku diberitahu olh kakak ku mengenai berita kemalangan Syafik dan Radwan atau lebih dikenali sebagai 'bawal'. Terkejut! itu sahaja yang mampu aku eksperisikan. mana kan tidak terkejut apabila perkara yang tidak diduga berlaku hnaya dalam sekelip mata. Allahu.. dan apabila mngetahui lagi kemalangan nya sungguh tragi, dilanggar lari oleh lori yang dipandu oleh seoran India . Kejam bukan sikap tidak bertanggungjawab pemandu lori yang melarikan diri setelah melanggar remaja bawah umur. tidak berperikemanusiaan.

Yang paling menyebakkan apabila aku dapat tahu bahaa kemalangan tersebut telah menyebabkan salah seorang daripaa mereka tersembur usus daripada perut. dan pecah kepala.. Ya Allah ... ini lagi tragis .. Namun tidak perlu dipersoalkan lagi. semuaNya telah dirancang Allah. Kuatkanlah hati keluarga mereka Ya Allah. dapat aku gambarkan perasaan keluarga mereka. dan pastinya sukar untuk diterima kemalangan seperti ini.



Kematian yang menyayat hati aku. :(
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan
(Surah Al-Munnafiqun : 11)


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. 
(Surah Al-Ankabut : 57)


gambar beberapa jam sebelum kemalangan.
Syafik (baju biru muda)
Radwan@bawal (baju biru pekat)



Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa mereka dan Kau tempatkanlah mereka di antara orang yang kau kasihi. Ameen Ya Rabbal Alamin .

AL-FATIHAH .

Kami juga bakal mnyusul Mu...


Friday, 28 November 2014

Oppo eh oppo.


Bismillah...
Tiba tiba Pulak rasa macam nak post je pasal handphone .yaaa handphone yang menjadi perkara wajib bagi setiap orang. Tak kira lah handphone tu 3310 sekalipun. Asal dah ada fon tu pun Kira awesome la. Alaaaa sedangkan adik adik yang baru  setahun dua tu pun dah obses dengan fon, ni kan pulak kita  kan kan kan..

Haaaa ..nak dijadikan cerita tadi, aku pergila survey2 fon ...memandangkan fon Lenovo aku ni dah tahap mayat hidup, memang tak boleh diselamatkan lagi .gigih kot aku pi cari fon yang mengikut bajet aku .nak tolak lenovo tu komfom takde yang nak amek. Kalau repair melayang rm280 aku.so aku dengan rendah hati dan tak rela .. Tak rela pun terpaksa beli jugak. Maklumlah hidup sebagai student ni memerlukan fon yang boleh guna WiFi.. Alaaaa asal ada internet ada wasap jadi lah.janji kau tak ketinggalan apa apa info pasal kelas ganti ke kelas cancel atau pape jela...

So memang aku kena beli jugakkk oke.... Ahhhhh habislah duit PTPTN aku ... 
Puas survey merata , macam2 fon dah aku tengok .dari asus ke samsung.. Dari samsung ke zenfone.. Then terus ke lenovo ? Memang tak dah la aku nak beli.kalau Korang  nak beli fon, pelissss jangan senaraikan Lenovo dalam choose kau . Menyesal nanti .. Lenovo kelemahan selalu hang selalu jam..Dan selalu Akan buat kau bengang stress Dan meroyan macam aku.hahhaa.. Mungkin tangan aku kot yang memang menjahanamkan barang,sebab tu tak tahan lama(memang pun)

Ok, teruskan melalui survey aku tu aku terjumpa fon jenama baru, VIVO. Adik beradik lenovo mungkin? .memang nampak awesome. Tapi aku tak berminat. Harga pun boleh tahan mahal ...kang jahanam lagi so setelah penat mensurvey aku pun ternampak fon jenis yang pemes sekarang ni, Oppo ganyang kauuu..hahaaha. Kata orang ok.cina y jual tu setengah jam cite pasal oppo, kelebihan  oppo. Memang promote abeh la si cina lucu ni .







Oppo sekarang top taw antara fon fon yang lain . Buktinya Korang tengokk ni ... 




Antara specialize oppo ... Tapi aku tak minat kamera depan oppo. Tak awesome. Harga oppo neo5 ni rm 598. Ada berminat tak? Nak letgo ni .. Haaha. Beli asus pulak . XD




Wednesday, 26 November 2014

Rindu semua tentang Temerloh




Bismillahirrahmanirrahim...

Aduh... Aduhh .... Aduhh .. malasnyaaa nak update blog. malasnya nak tulis post ..malassss !!
bukan sebab apa sangat malass .. sebab malam ni nak balik Temerloh .. yeayyyy !!
ringduu maa , ringduu omey... ringduu abong ... rindu ikan patin masak tempoyakk . alaaa rindu semua laaa.

tak sabar nak balik jumpa semua . alaa bukan sebab homesick ke ape. tapi sebab memang dah terlalu rinduu amat . bayangkan dua bulan lebih dah tak balik rumah semenjak hari raya haji hari tu.nak nak lagi tak pernah jauh dengan ma, tak pernah jauh dengan family dan tak pernah langsung jauh dari Temerloh. haaa ... ni lah makannya, balik juga kita.

Tapi terpaksa lah tinggalkan majlis PESKO dekat UMK ni.  nampak macam besar-besaran buat. mesti meriah sangat . alaaa tapi takpelah . tahun depan kan ada lagi . nanti nak grade pun ado lagi. hahahaa ..

Ma tunggu Tih balik ehh ehhh . mmmuahhhxxx .




Tih rindu tahu takkkk ?

walawehhhh .. leleh gini koi nengokk ..


Friday, 21 November 2014

Lara Alana bagaikan selebriti bagi 'Newborn'


Dalam dunia artis yang semakin menaik tarafnya saat ini, tidak sah seandainya berita kelahiran bayi pasangan-pasangan selebriti tidak mendapat perhatian daripada peminat-peminat mereka tersendiri . Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan lagi dengan berita kelahiran bayi beberapa pasangan artis Malaysia yang semakin meningkat naik nama mereka .

Lara Alana, anak sulung kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang dilahirkan pada 22 Julai lalu.



Bukan sahaja ayah dan ibunya menjadi tumpuan, sebalknya anak mereka yang baru mencecah usia kelahiran 3 bulan turut mendapat perhatian yang hebat daripada peminat-peminat mereka. Siapa yang tidak geram apabila melihat gambar-gambar comel bayi ini dipaparkan dilaman sosial .bahkan hampir setiap hari gambar bayi comel ini diupload di laman instagram pasangan selebriti ini . Sehinggakan laman sosial instagram juga dibuka khas untuk si comel ini . Dalam masa tiga minggu sahaja telah mencapai sebanyak 275K pengikut di laman instagram semenjak pembukaan akaun milik bayi comel ini.



apa yang menarik lagi, selain mempunyai peminat sendiri, lara alana juga sering dihadiahkan dengan pelbagai barangan berjenama dan mewah daripada mereka seawal usianya. baru-baru ini, dia dihadiahkan dengan sebuah kereta mainan BMW yang direka khas untuk kanak-kanak hasil pemberian kenalannya. Selain itu juga, bayi comel ini juga sring dihadiahkan dengan pelbagai permainan serta baju-baju yang cantik dan berjenama.






Thursday, 30 October 2014

Post Pertama . Blog dan Weblog .

Bismillah ..

Assalamualaikum .

Alhamdulillah, dengan wujudnya pembelajaran weblog secara khususnya dapat menambahbaikkan lagi kemahiran para pelajar yang mengambil subjek USK1011 di Universiti Malaysia Kelantan.

     Saya Siti Nur Ain Binti Kamarudin, pelajar tahun satu dari program Ijazah Sarjana Muda (peruncitan) mmilih weblog sebagai subjek pilihan kokurikulum kerana saya amat berminat dengan dunia blog pada masa kini . Pada pandangan saya, dunia blog merupakan satu medan untuk kita terus berkongsi cerita sama ada kisah hidup sendiri ataupun menjalankan bisnes secara online.dan melaui medan blog juga kita akan dapat mengetahui pelbagai maklumat yang bermanfaat. Selain itu, blog juga dapat mengisi banyak masa yang terluang disamping kita berterusan menambahbaikkan penulisan kita.

Antara blogger yang menjadi tempat persinggahan saya ialah Maria ElenaFatin LiyanaCik EpalIrine NadiaYuyu ZulaikhaLana dan ramai lagi. Siapa yang tak kenal mereka semua ?Mereka merupakan diantara blogger yang terkenal dan semakin meningkat naik dalam dunia blog . Dan nama mereka sering menjadi perhatian dan inspirasi para remaja yang baru cuba-cuba untuk berjinak dengan dunia penulisan blog termasuk saya sendiri. So, bagi remaja yang ingin berblog tetapi tiada banyak pengetahuan dalam bidang blog ini boleh singgah ke laman-laman blogger ini . Semoga mendapat inspirasi !!

---- > Klik pada nama yang brwarna.

Sekian coretan terabur daripada saya . XD